Mencari pelanggan lebih untuk kedai makan

Al-kisah

Sebuah kedai di area Bangi mem­pun­yai bilan­gan pelang­gan yang kurang. Walauba­gaimana­pun, servis dan juga makanan yang dise­di­akan amat baik. Ini biasa bagi mana mana kedai sekalipun.

Men­jadi norma kedai di Bangi, mem­pun­yai lebih dari 20 pil­i­han lauk untuk makan ten­gah hari. Ini mem­bu­atkan kedai kedai terse­but tidak berbeza antara satu sama lain. Semuanya mement­ingkan servis dan juga rasa yang ter­baik untuk pelang­gan mas­ing masing.

Salah satu restoran ini kemu­di­an­nya mem­perke­nalkan teh-o-ais secara per­cuma kepada pelanggan-pelanggannya. Walauba­gaimana­pun, teh-o-ais ini ter­had kepada dua bekas air besar sahaja. Restoren ini memulih teh-o-ais ker­ana ianya meru­pakan air yang pop­u­lar dikalan­gan pekerja dalam lingkun­gan 20–30 tahun, yang kebanyakkan­nya bek­erja di pejabat-pejabat berdekatan.

 

Cerita Strategi

Den­gan mem­perke­nalkan “freemium” di restoran terse­but, restoren itu telah men­da­pat per­ha­t­ian yang lebih dari pelang­gan di sek­i­tar kedainya. Berikut meru­pakan perkara-perkara yang perlu difikirkan, sebelum men­cuba idea tersebut.

1. Kenali pelanggan

Kenali siapa pelang­gan anda. Lihat siapa yang keluar masuk dalam restoran anda. Den­gan cara ini, anda boleh memas­tikan pro­duk atau apa benda baharu yang anda cuba perke­nalkan, sesuai den­gan pelanggan-pelanggan anda.

2. Cipta kelainan tersendiri

Kelainan boleh datang den­gan pel­ba­gai cara, tidak semestinya den­gan hanya mem­berikan satu pro­duk secara per­cuma. Jika anda ser­ing mengikut kelainan yang diperke­nalkan oleh kedai lain, adakah kedai anda berbeza?

3. Muhasabah bisnes

Jadi pelang­gan anda sendiri. Seba­gai con­toh, jika anda yang makan di restoran anda sendiri, apakah yang anda ingin ubah. Ini meru­pakan satu per­mu­laan untuk sen­ti­asa mem­per­baiki diri sendiri.

Teknik yang sama kon­sep tapi berlainan juga diperke­nalkan di cawan­gan cawan­gan restoran fast food di Malaysia. Seba­gai con­toh, Restoran M. Restoran M mem­perke­nalkan set hidan­gan berserta air den­gan harga yang murah. Den­gan ini, setiap kali waktu makan ten­gah hari pejabat-pejabat sek­i­tar Malaysia, Restoren M ini akan dipenuhi den­gan pelang­gan yang dijan­jikan den­gan harga murah.

Jadi apa keu­nikan dan kelainan yang anda boleh perke­nalkan di restoren anda?

 


 

Menarik? Ajak saya layan aiskrim bersama-sama!

 


Jan­gan ket­ing­galan! Dap­atkan update dari aiskrim terus ke kotak email anda!


Trackbacks/Pingbacks

  1. Positioning says:

    […] Keu­nikan dalam bisnes anda, ataupun keu­nikan pro­duk anda yang tiada pada produk-produk lain. Seba­gai con­toh USP dalam aksi, disini anda boleh mem­baca salah satu entri men­ge­nai “Men­cari pelang­gan lebih untuk kedai makan”. […]

Leave a Comment